Wednesday, 11 July 2012

Capai Bentuk Badan Terbaik Anda

Assalammualaikum.

menguruskan berat badan anda tidak perlu menjadi satu cabaran. Program pengurusan berat badan ini diberi sentuhan peribadi yang disesuaikan dengan jenis badan unik dan memuaskan rasa lapar anda dengan kemujaraban protein. kajian menunjukan yang mengurangkan wlau sedikit pun berat badan boleh memperbaiki kesihatan anda. Dan dengan hanya pengurangan 5kg boleh memberi perbezaan kepada betapa hebatnya perasaan anda dengan diri anda sendiri. Oleh itu , kawallah berat badan anda, rasa lebih sihat dan mulakannya hari ini. 

Gambar di atas adalah gambar saya semasa saya mengandungkan anak yang sulong. Semasa tempoh mengandung, berat saya pernah mencecah 90kg. pertambahan 22kg daripada berat asal. Pada masa ini saya tidak peduli tentang kawalan pemakanan seperti mana bak kata orang makan untuk dua orang.

Selepas melahirkan, berat saya turun kepada 73kg semasa dalam pantang. Saya menyusukan sepenuhnya anak saya dengan susu badan. Tetapi semasa umor anak saya 4 bulan, anak saya tidak mahu menyusu secara terus dan saya terpaksa mengepam susu untuk nya. kemana sahaja saya pergi, sentiasa akan membawa pam tersebut. Segala yang terbaik hanya lah untuk anak. 
Dan dari situ saya mula mengambil segala jenis makanan. Segala jenis petua yang diberikan untuk menambah susu akan saya amalkan bagi menambah susu badan. Pada masa itu pengetahuan tentang penyusuan masih belum cukup. Pada saya, mengepam sahaja tidak dapat membantu menghasilkan susu yang banyak padahal ada kaedah mengepam yang dapat stimulate kan penghasilan susu badan. Dan berat saya kembali naik sehingga hampir 90kg. 
Risau dengan keadaan susu badan yang semakin berkurang, saya mula mencari alternatif lain yang dapat membantu menambah susu badan dan sekali gus dapat menurunkan berat badan saya. 

Syukur Alhamdulillah, saya diperkenalkan dengan produk Herbalife. dan saya mula mengamalkan program pemakanan Herbalife dengan berpuasa. dan dalam tempoh 2 minggu sahaja, saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 8 kg dan saya tak perlu risau jika susu badan untuk anak saya berkurang. 

Dengan khasiat Herbalife, saya dan anak saya mendapat manfaat. Alhamdulillah. Syukur pada Allah Taala.

No comments:

Post a Comment